
Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satuhadisnya yang bermaksud:
Bersegeralah lakukan amalan-amalan yangbaik-baik (jika ia pada waktu siang jangan tunggu hingga menjelangmalam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah.
Ia seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorangMuslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorangkafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalusedikit. (Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripadaAbu Hurairah)
Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusihadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnahdengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara. Sedangkan fitnah yangdilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadibahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selakuPencipta alam maya ini.
Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yangterlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memilikiilmu-ilmu fardu ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan denganpenampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafik.Ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat keranamahu memburukkan Islam.
Jenis-jenis fitnah terhadap agama Islam
1. Fitnah melalui kepimpinan negara.
2. Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan.
3. Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian.
4. Fitnah melalui ungkapan.
5. Fitnah melalui penulisan.
6. Fitnah melalui iklan produk.
7. Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.
8. Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid.
9. Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat.
10. Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia.
Fitnah melalui kepimpinan negara
Terdapat para pemimpin negara-negara umat Islam, yang tidaksegan silu untuk mengisytiharkan bahawa mereka telah melaksanakanundang-undang Islam dalam pentadbiran negara dan boleh dikatakan negaramereka adalah sebuah �Negara Islam�. Pada hal pada masa memerintahmereka mentadbir dengan sistem Sekular, Kapitalis, Sosialis danlain-lain.
Ada pula yang tidak menampakkan Islam secara jelas,isteri-isteri mereka tidak memakai hijab (tudung kepala) serta menutupaurat dengan sempurna, tidakkah tindakan mereka itu telah memfitnahIslam secara langsung di hadapan orang-orang bukan Islam yang kelirudan terus keliru.
Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan
Tidak kurang juga terdapat golongan ahli ilmu agama ketikasedang menuntut satu ketika dahulu, telah menanam hasrat untuk luluscemerlang agar pulang nanti ditawarkan jawatan yang selesa.
Tetapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa ketika menyandangjawatan penting di jabatan keagamaan, mereka tidak menjalankan tugasdengan sempurna, membiarkan perkara mungkar terus berlaku (takut naktegur kerana bimbang tidak dinaikkan pangkat atau ditukar ke jabatanlain).
Tidak cukup dengan itu, idea untuk menyatakan perkara-perkaramakruf agar jadi program utama pun terkadang-kadang tidak berani untukdilakukan, bimbang dilabel golongan yang melawan pihak atasan, akhirnyamasyarakat jadi keliru kerana golongan ahli agama pun bercakap tidakserupa bikin.
Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian
Disebabkan kerana kurang pendedahan maklumat agama, sama adatidak mahu duduk dalam majlis ilmu agama atau ceramah, maka ramai dikalangan orang Islam ini memperlihatkan penampilan diri merekabenar-benar tidak Islamik langsung.
Ada di kalangan golongan remaja Islam yang bertatu, menampakkanpusat (perempuan), bergelang tangan, berantai dan bertindik (yanglelaki), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu, yang perempuanmenyerupai lelaki atau yang lelaki menyerupai perempuan.
Cara bercakap seperti orang bukan Islam, berlepak, merempittanpa hala tuju hidup, mendurhaka dan melukai perasaan kepada ibu bapa,menyakiti jiran dan banyak, tidakkah semua tindakan itu fitnah terhadapIslam, kerana Islam tidak pernah mengajar penganutnya berbuat demikian.
Fitnah melalui ungkapan
Terdapat di kalangan orang Islam yang memfitnah Islam denganungkapan mereka seperti kata-kata: Islam tidak relevan pada zaman orangmengejar Sains dan Teknologi, undang-undang Islam seperti hudud, qisas,takzir dan lain-lain sudah tidak sesuai pada hari ini, ia hanya bolehdilaksanakan di padang pasir pada zaman Rasulullah s.a.w.
Fitnah melalui penulisan
Terdapat juga segelintir penulis yang proaliran songsang yangmemperlekeh hukum-hukum Islam dalam blog, rencana atau buku-bukutulisan mereka, ia disifatkan sebagai satu tindakan berani keranamereka tahu bahawa tindakan itu tidak akan dikenakan apa-apa.
Fitnah melalui iklan produk
Satu lagi fitnah yang tidak dapat dikawal akibat kelemahan parapemimpin negara ialah kecenderung syarikat-syarikat mempromosi produkmereka dengan menggunakan khidmat model-model Melayu/Islam, ada yangmendedahkan aurat, kepala semata-mata untuk menunjukkan bahawa produkmereka cukup berkesan tiada tompok-tompok hitam di badan model.
Fitnah melalui penglibatan dalam sukan, hiburan
Para atlet negara termasuk yang angkat berat disertai atletmuslimah yang cukup menggiurkan ketika menunjukkan aksi mengangkatberat, termasuk dalam sukan jimrama, renang, hoki dan lain-lain.
Begitu juga pendedahan aurat di kalangan penghibur sepertipenyanyi, pelakon, pelawak wanita juga tidak kurang yang memakaipakaian yang tidak sesuai dengan jenama mereka sebagai orang Islam.Semua itu dianggap memfitnah Islam kerana menggambarkan seolah-olahIslam membenarkan tindakan itu.
Fitnah berbangga kerana memperbanyakkan masjid
Satu lagi fitnah pada akhir zaman ini ialah terlalu berbanggadengan bilangan masjid yang banyak, tetapi kosong dengan pengajianagama, malah terdapat pula replika masjid yang menelan belanja jutaanringgit tetapi tidak boleh solat Jumaat di dalamnya.
Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat
Ramai di kalangan pekerja Islam, bukan yang menceburi bidangbinaan, yang bekerja dalam bilik berhawa dingin pun tidak melakukansolat fardu atau Jumaat. Terdapat senario di mana ada pekerja Muslim disebuah kilang ditegur majikan yang bukan Islam mengapa mereka tidakpergi menunaikan solat Jumaat.
Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam
Disebabkan tidak menguasai dengan baik ilmu-ilmu fardu ain, makaramai di kalangan individu Islam tidak bercakap benar, melakukan pecahamanah berjuta-juta ringgit, rasuah, penipuan, menggelapkan wang TabungHaji dan sebagainya, menunjukkan sikap dan akhlak orang Islam sangatkritikal, sekali gus ia memfitnah agama Islam yang suci.
Sesungguhnya mereka itu semua berdosa di hadapan Allah keranatidak menunjukkan sesuatu tindakan yang baik terutama kepada golonganyang lebih muda ataupun di kalangan bukan Islam yang berpandangan Islammenjana kegiatan yang tidak bermoral.
Justeru, asas kepada pengukuhan jati diri Muslim bersama agamaIslam dalam apa jua keadaan, sama ada ketika Islam berada di puncakatau sedang berada di bawah, namun dia tidak akan berganjak walausetapak pun kerana begitu yakin bahawa Islam adalah satu-satunya agamayang diperakui benar di sisi Allah SWT.-Hrkh_
Kredit : Harakahdaily
Manusia suka memfitnah kerana :
1.Hendak berjaya dalam pekerjaan.Contohnya seseorang memfitnah pegawai lain semata-mata inginkan naik pangkat dan sebagainya.
2.Memburukkan peribadi orang lain.
Ini dilakukan kerana hendak menunjukkan diri betul atau mmepunyai kepentingan tertentu.
3.Tujuan tertentu.
Contohnya inginkan sesuatu seperti teman wanita atau tunang orang.Lelaki trsebut memfitnah tunang wanita tersebut demi mendapatkan wanita tersebut.
4.Ingin glamour.
ada juga yang suka memfitnah kerana inginkan nama,kedudukan,status dan sebaginya.
5.SUka-suka.
ada juga yg memfitnah kerana suka-suka.
6.Ahli neraka.
Dalam hadis sahih jelas dinyatakan tempat seseorang ke syurga atau neraka ketika ia masih dalam rahim ibu nya.
Mungkin golongan suka memfitnah ini memang menunjukkan ciri2 ahli neraka....
Ia menunjukkan jika kita suka memfitnah,ia tanda kita ahli neraka.
Wallahua'lam.
terima kasih.
selamat membaca dan fikirkan....
No comments:
Post a Comment